suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tawaran Lumayan Pengasuh Di Rumah Berhantu

Gambar hiasan. Foto Reddit

SEBUAH keluarga empat beranak dari Scotland menawarkan upah sebanyak £50,000 (RM273,337) kepada seorang pengasuh profesional yang sedia bekerja di sebuah rumah berhantu.

Pengasuh tersebut juga perlu berani daripada gangguan makhlus halus yang telah mengakibatkan lima pengasuh lain sebelum itu berhenti kerja pada tahun lalu.

Menurut satu laman web pengiklanan kerja penjagaan kanak-kanak yang popular, keluarga yang mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu tinggal di sebuah kampung di sempadan Scotland berdepan dengan masalah untuk mencari seorang pengasuh buat anak-anak mereka.

Mereka dikatakan tinggal di sebuah bangunan yang besar dan bersejarah selain mempunyai pemandangan yang menarik berlatarkan kawasan desa.

Bagaimanapun ia tidak cukup membuatkan pengasuh-pengasuh sebelum ini dapat bertahan lama berkhidmat bersama keluarga itu.

Menurut individu yang memaparkan iklan berkenaan, keadaan itu mungkin disebabkan bangunan yang didiami keluarga tersebut berhantu. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain