suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Hilang Tsunami Landa Greenland

Paparan skrin daripada video menunjukkan kawasan Nuugaatsiag, Greenland dilanda banjir selepas gempa bumi. Foto AFP

STOCKHOLM: Empat disenaraikan hilang pada Ahad selepas satu gempa bumi menggegarkan Greenland sehingga mengakibatkan tsunami.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa berpindah.

"Empat orang hilang," kata penyiar tempatan KNR memetik ketua polis tempatan, Bjorn Tegner Bay yang bercakap pada sidang media.

Tiada kemalangan jiwa disahkan tetapi menurut Bay, 11 rumah dihanyutkan arus deras selepas gempa bumi 4 magnitud melanda Ummannaq, sebuah pulau kecil di negara itu pada Sabtu malam.

"Gelombang besar memberi risiko kepada Upernavik dan kawasan sekitarnya. Penduduk Nuugaatsiaq dipindahkan," kata polis di Facebook. - AFP

tsunami

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain