Arab Saudi Beri Kerakyatan Kepada Dr Zakir Naik - Dunia | mStar

Arab Saudi Beri Kerakyatan Kepada Dr Zakir Naik

PENDAKWAH antarabangsa yang berasal dari India, Dr Zakir Naik dipercayai telah diberikan kewarganegaraan (kerakyatan) daripada Arab Saudi.

Memetik laporan middleeastmonitor.com, sumber dari Saudi melaporkan, Raja Salman telah campur tangan untuk memberikan kewarganegaraan Saudi kepada Zakir Naik untuk melindunginya daripada ditangkap Polis Antarabangsa, Interpol.

Bulan lalu, mahkamah India mengeluarkan waran tangkap kedua kepada Zakir Naik berkaitan dengan dakwaan penglibatan kononya dalam kes berkaitan keganasan dan atas tuduhan pengubahan wang haram.

Pendakwah berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu.

Sementara itu, akhbar India melaporkan pihak berkuasa di negara itu merancang untuk membatalkan pasportnya dan meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Zakir Naik yang dipercayai berada di Arab Saudi ketika itu terpaksa pulang ke India jika pasportnya dibatalkan.

Pihak Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan Zakir Naik bagi mendapatkan pengesahan berhubung berita ini.

Zakir Naik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Putera George Dimarah Middleton

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu