suria

Puteri Jepun Gadai Status Diraja Demi Kekasih

TOKYO: Seorang puteri Jepun sanggup menggadaikan status diraja semata-mata mahu menzahirkan rasa cintanya terhadap seorang pekerja industri pelancongan pantai.

Puteri Mako, cucu perempuan Maharaja Jepun, dilapor akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Kei Komura yang mempunyai bakat meluncur air, bermain violin dan memasak.

Lelaki bertuah itu yang memenangi hati Mako, merupakan pelajar Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo, lokas pengajian sama yang dihadiri oleh puteri berusia 25 tahun itu.

Sebaik sahaja Mako menjawab 'saya sudi' pada hari perkahwinannya pada Rabu, beliau akan hilang status sebagai Puteri Jepun walaupun merupakan cucu Maharaja Akihito, sekali gus menjadi rakyat biasa.

Menurut portal Mail Online, pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo kira-kira lima tahun lalu pada sebuah parti untuk berbincang tentang menyambung pengajian di luar negara.

Sejak itu, mereka berdua sering dilihat bersama, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa pasangan tersebut sedang dilamun cinta.

Komuro bekerja sebagai 'Putera Laut' untuk mempromosikan kawasan pelancongan di pantai Shonan dekat wilayah Kanagawa.

Difahamkan, hubungan mereka berdua direstui oleh ibu bapa Mako memandangkan perkahwinan tersebut tidak menjejaskan pemerintahan kerabat diraja kerana wanita tidak boleh menaiki takhta.

Berbanding dengan kerabat raja di Britain dan negara Eropah yang lain, keluarga diraja sering mengelak daripada menjadi perhatian umum walaupun ketika mengembara di luar negara atau muncul pada majlis keramaian.

Puteri Mako

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain