suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penggodam Korea Utara Dalang Virus Wannacry?

SERANGAN siber yang melanda seluruh dunia sejak beberapa hari lalu mengundang pelbagai persoalan bahawa siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian itu.

Menurut portal Mirror, syarikat-syarikat perisian komputer di Amerika Syarikat (AS) dan Rusia mula menyiasat misteri serangan tersebut dan mempunyai petunjuk bahawa kumpulan penggodam, Lazarus Group merupakan pihak yang bertanggungjawab.

Kumpulan penggodam itu juga mempunyai kaitan dengan rejim Korea Utara yang kini terlibat dalam ketegangan politik dengan beberapa negara lain termasuk AS susulan ujian nuklear dan peluru berpandu yang diadakan sejak awal tahun lalu.

Syarikat Symantec Corp dan Kaspersky Lab pada Isnin berkata, pihak mereka masih mencari petunjuk serangan virus 'ransomware' yang dikenali sebagai Wannacry.

Virus itu mengugut pengguna untuk membawa pampasan bagi mendapatkan semula kawalan terhadap komputer masing-masing.

Dua syarikat itu berkata, beberapa kod dalam versi awal virus Wannacry yang menyusup masuk ratusan ribu komputer sejak Jumaat lalu, dipercayai digunakan dalam program yang digunakan oleh Lazarus Group.

Bagaimanapun duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan dua syarikat berkenaan.

Wannacry, Ransomware

Artikel Berikut

Artikel Lain