suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sesak 4 Jam Akibat 'Drama' Suami Isteri

KEJADIAN yang berlaku pada 13 Mei 2017 menyebabkan kesesakan lebih empat jam. - Agensi

BANGKOK: Kesesakan teruk berlaku di utara ibu negara Thailand gara-gara 'drama' sepasang suami isteri di tengah-tengah jalan raya ekoran kes curang membabitkan pasangan itu.

Menurut laporan portal Asia News Network, kejadian itu berpunca apabila wanita terbabit bertindak nekad merempuh kereta yang dinaiki suaminya bersama seorang perempuan simpanan lelaki itu.

Wanita yang memandu Toyota Fortuner melanggar kereta jenis Mercedes Benz dipandu suaminya menyebabkan kemalangan yang turut melibatkan empat kereta lain di Pathum Thani pada petang Sabtu.

Kemalangan yang berlaku jam 4.30 petang di jalan Rangsit-Nakhon Road, Tambon Bung Yitow itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih empat jam.

Siasatan awal polis mendapati, wanita itu mengesan suaminya menggunakan GPS sebelum terserempak kereta suaminya di Sawai Pracharat Road  sebelum mengambil keputusan melanggar kereta suaminya bagi mengelakkan lelaki itu melarikan diri.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesudahan 'drama' itu sama ada kesemua mereka yang terlibat ditahan polis atau mengalami kecederaan.

Kes Curang, Thailand

Artikel Sebelum

Uniknya ...

Artikel Berikut

Artikel Lain