suria

Bayi Menangis Lihat Ibu Bapa Mabuk

-foto Polis Ukraine

SEORANG bayi ditemui sedang merangkak-rangkak di atas tanah sambil menangis melihat ibu bapanya yang mabuk dan tidak sedarkan diri.

Gambar dan rakaman video kejadian ini telah dikeluarkan oleh polis di bandar Zaporozhye, tenggara Ukraine.

Polis bertindak menyelamatkan bayi itu terlebih dahulu apabila ibu bapanya ditemui pengsan dekat tayar yang dijadikan meja dengan botol minuman keras berselerakan.

Bayi tersebut yang diikat di kereta sorang sedang menangis sambil  cuba mendapatkan perhatian ibu bapanya. Tidak dapat dipastikan sudah berapa lama mereka tidak sedarkan diri.

Ibu bayi tersebut yang berusia 28 tahun dilihat terbaring di atas tanah yang kotor.

Polis berkata, mereka telah mengejutkan pasangan itu dan menyelamatkan bayi mereka sebelum mereka dibawa ke balai polis di mana pasangan itu diberi amaran.

Beberapa jam kemudian, orang ramai telah menghubungi polis sekali lagi melaporkan tentang pasangan yang sama.

Pasangan itu sekali lagi tidak sedarkan diri, kali ini bayi tersebut dilihat cuba memeluk kasut bapanya yang sedang duduk membongkok.

Pegawai polis kemudian meletakkan bayi itu di dalam kereta sorongnya dan membawa mereka kembali ke balai polis.

mabuk, Ukraine

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain