suria

Qantas Akan Periksa Semua Jet Super Jumbo

MELBOURNE: Qantas akan memeriksa kesemua rangkaian jet super jumbo Airbus A380 kerana keretakan di beberapa bahagian dalam sayap.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan memeriksa kesemua 12 pesawat yang ia kendali untuk kerosakan struktural ekoran arahan daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA).

"Qantas akan memenuhi segala arahan EASA," kata jurucakap Qantas, Sophia Connelly yang disebut sebagai berkata dalam Australian Associated Press.

Agensi itu bulan lepas, telah dikeluarkan arahan untuk "pemeriksaan visual terperinci" ke atas apa yang dipanggil "wing rib feet" pesawat - pendakap logam yang menghubungkan rusuk sayap ke kulitnya.

Arahan permulaan hanya terhadap 20 kapal terbang tetapi ia kemudiannya meliputi keseluruhan 68 rangkaian kapal terbang. -BERNAMA

Artikel Lain