suria

Jepun Bangunkan Senjata Siber

TOKYO: Jepun telah membangunkan satu virus yang boleh mengesan sumber serangan siber dan meneutralkan kembali programnya, harian Yomiuri Shimbun melaporkan pada Ahad.

Senjata ini adalah kemuncak kepada projek tiga tahun berjumlah 179 juta yen ($2.3 juta) yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada pereka teknologi, Fujitsu Bhd untuk membangunkan virus dan peralatan untuk memantau dan menganalisis serangan, kata akhbar berkenaan.

Amerika Syarikat (AS) dan China dilaporkan telah mempunyai sesuatu yang dinamakan senjata siber untuk penggunaan praktikal, kata Yomiuri.

Jepun perlu membuat pindaan undang-undang untuk menggunakan senjata siber kerana ia boleh melanggar undang-undang negara terhadap pengeluaran virus komputer, kata akhbar berkenaan.

Pada bulan November sistem komputer yang dikendalikan oleh kira-kira 200 kaki tangan kerajaan tempatan Jepun telah diancam.

Pada bulan Oktober, parlimen Jepun telah menerima serangan siber, melalui satu e-mel yang dikaitkan dengan rangkaian dan berpangkalan di China yang telah memasuki beberapa komputer penggubal undang-undangnya.

Dilaporkan juga bahawa komputer Jepun di kedutaan dan pejabat konsulat di sembilan buah negara telah dijangkiti virus pada musim panas.

Pada masa ini, virus ini sedang diuji dalam "persekitaran tertutup" untuk mengenal pasti keupayaannya.

Artikel Lain