Pelancaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean Oktober - Dunia | mStar

Pelancaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean Oktober

PHUKET: Asean memutuskan untuk menamakan pertubuhan hak asasi manusianya sebagai Suruhanjaya Antara Kerajaan mengenai Hak Asasi Manusia Asean, dan bersetuju untuk mengkaji atau meminda Terma Rujukan (TOR) setiap lima tahun selepas ia diwujudkan.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata nama itu diputuskan selepas perbincangan panjang lebar sewaktu mesyuarat Menterimenteri Luar dengan Peringkat Panel Tinggi yang membuat drafnya.

Beliau berkata beberapa peruntukan pada awalnya tidak mendapat persetujuan bersama menterimenteri luar, yang kemudian bersetuju untuk berkompromi dan mengimbangi antara perlindungan dan menggalakkan hak asasi manusia di 10 negara anggota dengan 560 juta penduduk.

Katanya Indonesia mahukan badan itu mempunyai lebih kuasa bagi memastikan perlindungan hak asasi manusia dan TOR muktamad tidak akan mempunyai apa-apa peruntukan yang membenarkan sekatan terhadap mana-mana negara.

" Kami gembira dengan keputusan itu...kami banyak berbeza pendapat kerana kami tidak mahu sekadar pejam mata. Inilah sebabnya menteri-menteri bersetuju untuk mengkajinya setiap lima tahun dan jika perlu, menteri-menteri luar boleh meminta ia dikaji jika ada keperluan pada bila-bila masa," katanya.

Menteri-menteri itu memulakan Mesyuarat Menteri-menteri Asean (AMM) ke-42 yang diadakan setiap tahun di sini hari ini, yang akan diikuti Persidangan Menteri-menteri Luar (PMC) dan Forum Serantau Asean.

Walaupun perkataan perlindungan tidak dimasukkan, Anifah berkata ia akan dimasukkan dalam deklarasi politik yang akan dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Asean ke15 di sini pada Oktober di mana 10 pemimpin Asean dijangka melancarkan suruhanjaya itu.

"Akan ada mekanisme untuk pindaan dan manamana negara boleh memohon untuk pindaan. Tetapi apa yang penting adalah untuk melaksanakan dan melindungi hak asasi manusia dengan niat yang baik," katanya.

Menteri Luar Thailand Kasit Piromya, yang mempengerusikan mesyuarat itu, pada sidang akhbar berkata mereka berharap untuk meluluskan TOR pada Retreat AMM hari ini supaya setiap negara anggota boleh memulakan pemilihan anggota badan itu bagi negara mereka dengan segera.

Anggota itu, seorang dari setiap negara anggota, akan berkhidmat untuk tempoh tiga tahun.

Kasit berkata tujuan suruhanjaya itu adalah bagi menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia di negaranegara Asean, dengan tugas termasuklah meningkatkan kesedaran umum tentang hak asasi manusia dan bekerjasama dengan badanbadan Asean yang lain seperti pertubuhan awam.

Beliau juga berkata menteri-menteri luar juga meluluskan draf perjanjian mengenai keistimewaan dan imuniti Asean, yang bertujuan untuk menjadikan peruntukan itu sebagaimana yang ada pada pertubuhan serantau dan antarabangsa yang lain seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Setiausaha Agung Asean akan diberikan kuasa untuk melakukan urusan itu bagi pihak Asean.

Kasit berkata menterimenteri itu juga akan diberikan penerangan mengenai perkembangan kerjakerja pakar perundangan melibatkan mekanisme penyelesaian pertikaian (DSM), dan Asean pada masa ini mempunyai DSM bagi perjanjian ekonomi seperti Perjanjian Perdagangan Komprehensif Asean selain perjanjian politik dan keselamatan di bawah Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara.

DSM yang baru akan meliputi pertikaian yang terjadi daripada Piagam Asean yang mula dilaksanakan Disember lepas, perjanjian sedia ada yang tiada peruntukan untuk mekanisme penyelesaian pertikaian dan perjanjian pada masa hadapan.

Kasit berkata DSM itu diwujudkan bagi menjadikan Asean terkawal, mempunyai mekanisme dan peraturan untuk menyelesaikan pertikaian antara negara-negara anggota. BERNAMA

Artikel Berikut

12 ditembak mati rusuhan di Urumqi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain