suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

H1N1: Singapura sahkan kematian pertama

SINGAPURA: Singapura hari ini mengesahkan kes pertama kematian berkaitan Influenza H1N1 di republik ini bila seorang lelaki berusia 49 tahun meninggal dunia tengah Sabtu.

Kementerian Kesihatan berkata lelaki itu mengidap beberapa penyakit - diabetes, hypertensi, dan kolesterol tinggi - dimasukkan ke Hospital Besar Changi Khamis lepas setelah dikesan simptom seperti influenza selama empat hari dan diagnosis menghidap Influenza A (H1N1).

Kementerian itu berkata lelaki itu mati akibat serangan jantung, disebabkan pneumonia yang teruk berserta jangkitan Influenza A (H1N1).

Sementara itu, seorang lelaki berusia 55-tahun yang mengidap beberapa penyakit berkaitan - hypertensi dan sakit jantung ischemic - di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Singapura didapati positif Influenza A (H1N1), menurut kementerian itu.

Beliau datang ke hospital itu kelmarin kerana kesukaran bernafas dan diterima masuk dan pemeriksaan menunjukkan beliau diserang sakit jantung.

Beliau bagaimanapun dalam keadaan stabil kini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain