suria

PM Thai isytihar perintah darurat di Bangkok

BANGKOK: Sehari selepas Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya ditangguhkan, Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva hari ini mengisytiharkan perintah darurat di Bangkok dan beberapa wilayah berdekatan.

Pengumuman itu disiarkan melalui televisyen sebentar tadi.

Perintah itu juga membabitkan Samut Prakan di mana terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Nonthaburi, Pathum Thani, Nakhon Pathom dan Ayutthaya.

Kata beliau, Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban akan bertanggungjawab melaksanakan perintah darurat itu dengan bantuan pasukan polis dan tentera.

Semalam langkah yang sama dikenakan di Pattaya dan kawasan sekitarnya - lokasi Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa sidang kemuncak berkaitan.

Bagaimanapun ia ditarik balik beberapa jam kemudian selepas pemimpin-pemimpin negara ASEAN dan enam rakan dialog meninggalkan kawasan sidang kemuncak dengan selamat.

Penunjuk-penunjuk perasaan yang mendesak Abhisit meletakkan jawatan telah menyekat kawasan-kawasan di Bangkok selama beberapa hari minggu lalu, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Perintah darurat hari ini melarang himpunan lebih daripada lima orang dan apa-apa laporan yang dianggap sebagai mengancam ketenteraman awam. _ Agensi

Artikel Lain