SAHABAT sejati tetap akan mencari jalan untuk berhubung dengan kita walaupun mereka tinggal berjauhan dan terpisah pada jarak ratusan kilometer.Begitulah juga persahabatan Fadhli dan Syakir yang bermula sejak hari pertama minggu orientasi universiti, kira-kira 10 tahun lalu. Selepas melangkah ke alam pekerjaan, Fadhli menetap di Kuala Lumpur, manakala Syakir memilih untuk mencari rezeki di kampung halamannya di Kelantan.Pada suatu malam, telefon Fadhli berdering dan nama Syakir terpapar di skrin.Suara Syakir kedengaran aneh malam itu, perlahan dan sedikit berat, tidak seperti kebiasaannya."Aku rasa penat sangat dengan kerja. Teringin nak bercuti jauh-jauh. Tapi tak pasti nak pergi mana," ujar Syakir sambil mengeluh."Sebab tu la aku suruh kau kahwin, sekurang-kurangnya ada bini yang boleh jaga kau," balas Fadhli pula sebelum disambut gelak kecil Syakir.Fadhli perasan cara Syakir bercakap agak berbeza pada malam itu, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena.Kematian kawan baik pasti akan meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan seseorang. -Gambar hiasanMereka berbual dan bergurau senda selama hampir sejam sebelum Syakir menamatkan panggilan, kira-kira pukul 1 pagi.Keesokan harinya, Fadhli menerima mesej daripada seorang kawan, sekali gus membuatkan hatinya tersentak.Syakir sebenarnya sudah meninggal dunia tiga hari lepas akibat kemalangan jalan raya di kampungnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pinjam pinggan mangkuk bunian, wanita jadi ‘tak betul’ lepas kenduri - “Bila dipulangkan, tak cukup jumlahnya”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perawat bongkar punca sukar patahkan sihir pemisah... Rupanya silap isteri sendiri derhaka pada suami!Berita itu sah selepas dia melihat keluarga Syakir memuat naik pengumuman duka pemergiannya di Facebook.Fadhli tergamam, dia berdebar dan bingung dengan kejadian malam tadi."Aku bercakap dengan siapa? Tak mungkinlah Syakir dah meninggal," bisik Fadhli dalam hati.Fadhli segera menghubungi keluarga Syakir untuk mendapatkan kepastian mengenai panggilan yang diterimanya.Ibu Syakir memberitahu telefon arwah masih disimpan di rumah dan tidak digunakan sejak kematiannya.Rekod panggilan juga menunjukkan tiada panggilan masuk atau keluar pada malam tersebut.Fadhli terdiam, masih terngiang-ngiang suara Syakir di telinganya.Setiap tawa dan kata-kata Syakir malam itu masih segar dalam ingatan Fadhli, membuatkan fikirannya terus tertanya-tanya.Namun, Fadhli menerima bahawa itu mungkin perbualan perpisahan terakhir antara dia dan sahabat sejatinya.