suria

Buat ‘deep cleaning’ tungku dapur berkerak guna 3 bahan ini... Menakjubkan, berkilat macam baru beli

Teknik 'deep cleaning' ini hanya menggunakan tiga bahan sahaja.

KEBERSIHAN peralatan dapur sangat penting dalam proses penyediaan makanan walaupun hidangan itu hanya untuk diri sendiri atau keluarga.

Jika tidak dibersihkan secara berkala, permukaan dapur gas akan kelihatan kotor dengan kesan percikan minyak, kuah dan sebagainya.

Selain itu, ramai sebenarnya yang kurang peka dan sering terlupa akan kawasan tungku dapur gas.

Sebenarnya, kawasan tungku dapur gas juga boleh mengumpul pelbagai kotoran yang membentuk kerak hitam.

Jika dibiarkan lama, sudah pasti ia akan menebal, sekali gus menjadi sukar untuk dibersihkan dengan cucian biasa.

dapur2

Proses cucian ini cukup mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Tapi anda tidak perlu risau, apa kata cuba teknik 'deep cleaning' oleh TikToker Indah3yani ini yang menggunakan tiga bahan sahaja.

Bahan-bahan:

1. Serbuk penaik soda bikarbonat

2. Ubat gigi

3. Sabun pencuci pinggan mangkuk

Kaedah pembersihan

1. Ambil sebuah bekas plastik kecil.

2. Campurkan tiga bahan di atas ke dalam bekas itu, adunkan hingga sebati.

3. Ambil berus gigi terpakai dan celupkan ke dalam larutan itu.

4. Angkat tungku dapur gas anda, bersihkan secara teliti menggunakan berus gigi.

5. Jika perlu, biarkan tungku dapur gas itu 'disaluti' larutan tadi dalam masa tiga ke lima minit supaya kotoran lebih mudah untuk ditanggalkan.

Anda juga boleh menggunakan kain lap biasa, namun berus gigi lebih berkesan membersihkan kawasan-kawasan yang tersembunyi.

Selesai proses cucian, bilas tungku dapur dengan air bersih dan jemur hingga kering.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain