suria

Gunting rambut RM1 je! Fiesta Membawa Senyuman tawar aktiviti menarik... Persembahan artis, pemeriksaan kesihatan percuma pun ada

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan Fiesta PERKESO Membawa Senyuman selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mac ini, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bertempat di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur.

Penganjuran acara ini bermatlamat untuk menyebar luas kesedaran tentang perlindungan keselamatan sosial kepada segenap lapisan masyarakat secara lebih dekat.

Di samping itu, ia turut menyasarkan golongan wanita yang bekerja sendiri agar tampil untuk mendaftar dan mencarum dengan PERKESO.

Fiesta PERKESO Membawa Senyuman turut menyasarkan pengunjung dalam kalangan sektor pekerjaan sendiri wanita.

Fiesta PERKESO Membawa Senyuman turut menyasarkan pengunjung dalam kalangan sektor pekerjaan sendiri wanita.

Berlangsung selama tiga hari, Fiesta PERKESO Membawa Senyuman dimeriahkan dengan pelbagai program menarik yang menyaksikan kehadiran beberapa selebriti popular, antaranya Forum Talkshow Kemandirian Wanita Bersama Rozita Che Wan, Izzue Islam Meet The Fans dan Podcast Tyzo “Susah Ke Cari Kerja?”.

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai perkhidmatan yang bermanfaat untuk orang ramai seperti pendaftaran majikan, suri rumah dan kaunter bimbingan kerjaya MYFutureJobs.

Tentunya pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk mengikuti 1,000 saringan kesihatan secara percuma, gunting rambut RM1, urut kaki oleh orang kurang upaya (OKU).

Pelakon Syanie membuat roti jala di gerainya sempena Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.

Pelakon Syanie membuat roti jala di gerainya sempena Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.

Bukan setakat itu sahaja, acara ini turut dimeriahkan lagi dengan program yang mengujakan buat para pengunjung seperti zumba, karaoke, flea market, treasure hunt, teka bola, persembahan teh tarik, gerai jualan dan persembahan artis.

Acara yang paling dinanti-nanti tentunya tawaran lebih 1,000 cabutan bertuah yang pasti membuatkan para pengunjung tersenyum.

Menurut pelakon Syanie yang membuka gerai jualan di fiesta itu, dia berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merebut pelbagai manfaat sepanjang tiga hari penganjuran program berkenaan.

Zuraida Mustafa berharap Fiesta PERKESO Membawa Senyuman diteruskan pada masa akan datang.

Zuraida Mustafa berharap Fiesta PERKESO Membawa Senyuman diteruskan pada masa akan datang.

“Jom datang sini, banyak lagi peluang yang menanti anda di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman ini.

"Contohnya, kadang-kadang orang tak sempat nak berurusan di pejabat PERKESO, jadi mereka boleh ambil peluang datang ke acara ini sambil beriadah bersama keluarga dan mengetahui lebih banyak lagi mengenai produk-produk PERKESO” ujarnya

Sementara itu, salah seorang pengunjung, Zuraida Mustafa, 69, dari Cheras, Selangor memberitahu dia mengetahui tentang penganjuran acara itu menerusi siaran radio.

Othman Mamat berkata dia hadir memeriahkan fiesta itu selepas mendapat maklumat tentang penganjurannya menerusi media sosial.

Othman Mamat berkata dia hadir memeriahkan fiesta itu selepas mendapat maklumat tentang penganjurannya menerusi media sosial.

"Kebetulan pula saya tinggal berdekatan, jadi saya ambil peluang untuk datang ke acara ini untuk menyaksikan sendiri pelbagai program yang diadakan.

"Walaupun saya sudah berusia, tapi tetap penting untuk saya ambil tahu tentang perkembangan semasa. Saya juga sempat melihat beberapa gerai dan berpendapat program seumpama ini patut diteruskan lagi," ujarnya.

Program gunting rambut RM1 diadakan selama tiga hari di fiesta itu.

Program gunting rambut RM1 diadakan selama tiga hari di fiesta itu.

Bagi Othman Mamat, 55, dia sendiri merancang untuk meluangkan masa menghadiri Fiesta PERKESO Membawa Senyuman bersama isteri dan anaknya.

"Kami dapat tahu tentang program ini menerusi aplikasi TikTok, jadi saya bawa isteri dan anak untuk datang ke sini. Kami nak dapatkan saringan kesihatan percuma.

"Tak sangka sebenarnya banyak maklumat tentang PERKESO yang boleh saya dapatkan di sini," ujarnya yang merupakan pencarum PERKESO.

Fiesta PERKESO Membawa Senyuman dimeriahkan dengan Podcast Tyzo “Susah Ke Cari Kerja?”

Fiesta PERKESO Membawa Senyuman dimeriahkan dengan Podcast Tyzo “Susah Ke Cari Kerja?”

Menurut Nur Amalina Amirulzainu, 18, dari Desa Pandan, sebagai anak muda, dia boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.

"Saya tertarik dengan program ini sebab ada banyak aktiviti menarik dan bermanfaat. Sebelum ini tak banyak yang saya tahu tentang PERKESO.

Orang ramai juga boleh menjalani saringan kesihatan di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.

Orang ramai juga boleh menjalani saringan kesihatan di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.

"Bila dengar talk di sini, makin banyak maklumat tentang PERKESO yang saya dapat. Saya datang bersama ibu, kakak dan kawan kakak,” katanya sambil menambah kakak dan ibunya hadir untuk menjalani saringan kesihatan secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang PERKESO.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain