suria

Gaji RM3,000 layak beli rumah macam mana? Ini formula ringkas sebelum melawat ‘showroom’

Bakal pembeli rumah perlu mengira ansuran bulanan yang mampu mengikut gaji kasar. -Gambar hiasan

DALAM zaman serba mencabar hari ini, ramai yang beranggapan gaji RM3,000 sebulan masih belum cukup untuk mereka membeli rumah sendiri.

Namun tahukah anda, harapan memiliki kediaman impian sebenarnya tidak mustahil sekiranya kita mempunyai ilmu dan bijak menyusun strategi.

Terbaharu, platform pinjaman peribadi terkenal Direct Landing turut berkongsi cara pengiraan harga rumah dengan gaji RM3,000 menerusi laman X.

Menurut Direct Landing, bakal pembeli rumah yang bergaji RM3,000 perlu mengira ansuran bulanan yang mampu mengikut gaji kasar.

Yang kedua, mereka juga perlu mengira anggaran harga rumah yang layak dengan formula Rule of 200.

BERIKUT ADALAH CONTOH PENGIRAANNYA:

1. Kira ansuran bulanan yang mampu daripada gaji kasar.

Contoh: Gaji kasar RM3,000 x 30/100 = RM900

Happy young Asian couple and realtor agent. Cheerful young man signing some documents while sitting at desk together with his wife. Buying new house real estate. Signing good condition contract.

Ukur baju di badan sendiri sebelum anda membuat keputusan membeli kediaman idaman. -Gambar hiasan

Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar.

2. Kira anggaran harga rumah yang layak dengan Rule of 200.

Contoh: Ansuran rumah untuk gaji RM3,000 tadi RM900.

RM900 x 200 = RM180,000 (harga rumah yang sesuai)

ARTIKEL BERKAITAN: Macam mana nak beli rumah banyak, satu pun tak lepas... Wanita ini kongsi tip miliki 3 kediaman sebelum usia 30 tahun!

Namun perlu anda ingat, pengiraan ini merupakan kiraan secara kasar sahaja.

Untuk jumlah yang lebih tepat, anda boleh merujuk kepada ejen hartanah atau pegawai bank untuk membuat pengiraan.

Apabila dah tahu harga rumah yang layak, pastikan anda tahu 'credit report' anda macam mana.

Selalunya bank akan kira nilai Debt Service Ratio (DSR) pemohon, malah setiap bank ada had DSR sendiri.

Contoh, kalau gaji RM3,000, DSR tak boleh lebih 60 peratus.

Selain itu pemohon juga perlu membuat semakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Jadi, apa tunggu lagi? Jom semak jika anda layak atau tidak untuk mendapatkan rumah impian pada tahun ini!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain