suria

Tilam penuh ‘peta’, bantal busuk sampai geli nak pegang... ini cara ’deep clean’ anda boleh buat sendiri

Cuka dan baking soda mampu menghilangkan kotoran pada permukaan tilam atau bantal.

TILAM merupakan salah satu elemen paling penting dalam kediaman kita.

Tilam yang empuk dan bersih bukan sekadar menjanjikan tidur yang lena, malah ia mampu menghalang bakteria yang menjadi punca penyakit berkaitan kulit.

Apabila digunakan setiap hari, tilam pastinya terkena pelbagai kotoran sehingga meninggalkan kesan seperti air liur basi, air kencing, kebocoran darah haid, air mani dan macam-macam lagi.

Berikut kami kongsikan kaedah 'deep clean' untuk tilam atau bantal anda dengan menggunakan empat bahan sahaja.

Bahan-bahan:

1. Baking soda

2. Cuka

3. Cecair Dettol

4. Air kosong

tilqm2

Antara bahan yang boleh digunakan untuk mencuci tilam atau bantal.

Cara-cara

1. Proses 'deep clean' ini perlu dimulakan dengan menyedut segala kekotoran dengan menggunakan vakum. Sebaiknya, gunakan kepala vakum yang mempunyai hujung yang tirus dan kecil.

2. Taburkan baking soda pada permukaan tilam atau bantal untuk menghilangkan kotoran yang melekat.

3. Masukkan cuka dalam bekas semburan dan semburlah ia dengan sekata di atas tilam atau bantal.

4. Selepas melakukan proses ini, anda boleh mengambil kain bersih dan gosok pada bahagian permukaannya.

5. Taburkan baking soda sekali lagi dan biarkan tilam atau bantal itu selama empat ke lima jam.

6. Vakum lebihan soda yang ditabur tadi.

7. Semburkan cecair Dettol yang dicampurkan dengan air di atas tilam.

8. Biarkan ia kering secara semula jadi dengan membuka tingkap bilik. Jika mempunyai ruang di luar rumah, boleh jemurkan ia di bawah cahaya matahari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain