suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Gen Z tak pandai bergaul, suka main telefon... Ini sikap sebenar yang majikan perlu tahu

Pekerja Gen Z dikatakan lemah dan bermasalah berbanding kumpulan umur lain. Foto: AFP.

GENERASI Z atau Gen Z merupakan kumpulan demografi yang dilahirkan antara tahun 1997 dan 2012.

Sebilangan Gen Z kini mula meneroka dunia pekerjaan, namun terdapat dalam kalangan mereka sering dikaitkan dengan perspektif buruk dan negatif.

Ia akhirnya menimbulkan persoalan adakah Gen Z merupakan golongan yang sukar untuk diuruskan.

Menurut tinjauan yang dijalankan pada 2023 terhadap 1,300 pengurus di Amerika Syarikat (AS), tiga daripada empat responden mengakui lebih sukar untuk bekerjasama dengan Gen Z berbanding generasi lain.

Menurut seorang pengurus di Dallas dikenali sebagai Alexis McDonnell, dia melihat pandemik sebagai satu impak besar terhadap kelakuan pekerja Gen Z pada masa ini.

"Satu-satunya perbezaan yang saya perhatikan ialah profesionalisme. Saya fikir pandemik Covid-19 memainkan peranan besar dalam hal itu.

file7fz5gu00t3sh82kb6ti

Ramai pengurus menganggap Gen Z sebagai golongan yang lemah. (Gambar Hiasan)

"Kerana ini adalah pekerjaan pertama mereka selepas menamatkan pengajian di kolej dan tahun-tahun terakhir mereka dihabiskan dalam pembelajaran jarak jauh akibat pandemik," katanya kepada The Post.

Melihat kepada hasil tinjauan, terdapat beberapa kesimpulan yang disyaki menyebabkan Gen Z mempunyai reputasi buruk dalam dunia pekerjaan.

Salah satunya ialah tentang adab di pejabat yang mana hasil tinjauan mendapati kebanyakan Gen Z memulakan kerjaya mereka tanpa mengetahui etika yang betul.

Malah, 36 peratus responden kaji selidik mengakui bahawa kemahiran komunikasi Gen Z amat lemah berbanding pekerja generasi lain.

Profesionalisme Gen Z yang lemah juga memburukkan reputasi mereka dalam dunia pekerjaan.

Aduan pengurus kebanyakannya membawa kepada elemen gangguan yang mana kira-kira 36 peratus pengurus mengakui mereka lebih banyak menggunakan telefon bimbit ketika bekerja.

Gen Z juga dikatakan cenderung ingin mempunyai kebebasan masa dan cara bekerja yang mana pemikiran ini sangat berbeza dengan kumpulan Milenial dan generasi sebelumnya. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain