suria

Baru tahu boleh guna lagi, selama ni buang je! Ini cara kitar semula gel pewangi yang dah kering, segar balik baunya

Baki gel pewangi yang kering boleh digunakan semula jika ia dicampurkan dengan air.

RUMAH yang bersih dan berbau wangi boleh memberikan ketenangan minda buat sang penghuni.

Paling mudah, anda boleh meletakkan gel pewangi pada sudut-sudut tertentu di dalam rumah untuk membangkitkan aroma yang menyegarkan.

Di laman Twitter, seorang gadis dikenali sebagai @itssssssssara turut berkongsi cara untuk mengitar semula gel pewangi yang kering.

Dengan menggunakan saki baki gel pewangi itu, anda boleh mewangikan semula kediaman tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.

pewangi2

Gel pewangi yang telah kering boleh dipotong kecil untuk digunakan semula.

Cara-cara:

1. Saki baki gel pewangi yang kering boleh dipotong menggunakan pisau sehingga menjadi ketulan kecil.

2. Kumpul semua lebihan gel pewangi yang dipotong dan letakkannya di dalam bekas bersesuaian.

3. Kemudian, campurkan sedikit air dalam bekas berkenaan.

4. Campuran gel pewangi dengan air sedia untuk diletakkan di sudut-sudut yang anda mahukan seperti dalam tandas atau bilik tidur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain