suria

Guna racun tak ‘jalan’... Tak sangka pula 3 bahan ini berkesan halau tikus di rumah

Letakkan sisa teh uncang di laluan tersorok untuk menghalau tikus. -Foto Freepik

KEHADIRAN tikus sering menjadi igauan kepada penghuni sesebuah kediaman.

Bukan sahaja geli dengan haiwan kecil itu, malah ramai kaum ibu berang apabila barangan plastik mereka rosak akibat digigit tikus.

Teh uncang

Bagi yang sudah buntu mencari jalan untuk menghalau tikus, apa kata cuba petua mudah ini dengan menggunakan sisa teh uncang sahaja.

Menurut seorang netizen di Facebook, tikus sememangnya benci akan bau teh uncang.

Caranya mudah sahaja, ambil sisa teh uncang yang telah digunakan dan letakkan atau gantung pada laluan tikus.

Selain menghalau tikus, ia juga dikatakan berkesan untuk menghalau labah-labah.

file7pxbm0j9qeu15n2vuoht

Anda juga boleh menggunakan kulit durian untuk menghalau tikus.

Daun durian belanda

Jika anda mempunyai daun durian belanda, ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus.

Letakkan beberapa helai daun durian belanda di laluan tikus dan gantikan daun baharu beberapa hari kemudian.

Anda juga boleh meletakkan daun durian belanda di dalam almari untuk mengelakkan tikus bersarang di dalamnya.

Kulit durian

Teknik ketiga yang dikongsi adalah menggunakan kulit durian.

Selepas makan durian, anda boleh meletakkan potongan kulit buah itu di laluan tikus.

Ia dikatakan dapat membantu menghalau tikus kerana kulit durian yang tajam serta baunya yang kurang menyenangkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain