suria

Nak cari resort dikelilingi sawah, gunung dan dekat dengan pantai? Nahdhoh Langkawi Resort pilihan terbaik... Siap mesra Muslim!

Nahdhoh Langkawi Resort dikelilingi sawah dan gunung sekaligus menjanjikan suasana ala kampung.

PULAU Langkawi sememangnya merupakan antara destinasi percutian paling popular di negara ini.

Boleh dikatakan setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, tempahan hotel ataupun homestay di pulau legenda tersebut sentiasa full house lebih-lebih lagi sekiranya terletak di kawasan strategik.

Bagi yang sedang merancang percutian ke Langkawi dan menginginkan penginapan selesa untuk seisi keluarga dengan dilatari suasana kampung, Nahdhoh Langkawi Resort adalah pilihan yang paling tepat.

Terletak di Jalan Pantai Cenang, Kampung Temoyong, resort berkonsepkan mesra Muslim ini dikelilingi sawah padi dan gunung, sekaligus menjanjikan pemandangan yang sangat indah.

NAHDHOH 1

Kawasan landskap di sekitar Nahdhoh Langkawi Resort.

Ia juga mudah diakses kerana terletak hanya kira-kira lapan minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 25 minit dari jeti kuah dan lima minit dari Pantai Cenang, pantai yang menjadi tumpuan pelancong.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang rare! Homestay Umah Temuan tawar pengalaman menarik, dapat belajar budaya Orang Asli

Menurut Pengurus Nahdhoh Langkawi Resort, Fikri Syazwan, sungguhpun terletak di kawasan yang strategik dan menyajikan pemandangan yang menarik, namun harganya sangat berbaloi dengan pengalaman penginapan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

"Pengunjung akan dapat melihat view sawah padi, malah lokasinya tak 'crowded' sekaligus bagus untuk mereka yang sukakan ketenangan.

"Pemiliknya adalah Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh, Ustaz Abdul Mutalib Maarof, jadi resort berkonsepkan Islamik. Kami sediakan al-Quran, sejadah malah ada dewan untuk qiamullail.

"Kini sedang dalam progres untuk mewujudkan set solat yang complete bagi setiap bilik. Meskipun mesra Muslim tapi kita terbuka untuk semua.

NAHDHOH 2

Ruang parkir yang luas untuk tetamu resort.

"Alhamdulillah, kami dapat feedback yang positif daripada pengunjung malah warga asing yang menginap ada yang pernah minta extend untuk bermalam," ujarnya.

Nahdhoh Langkawi Resort menyediakan 22 bilik yang selesa buat yang datang berpasangan, berkeluarga mahupun berkumpulan.

Sedikit maklumat mengenai Nahdhoh Langkawi Resort, ia adalah aset terbaru milik Yayasan An-Nahdhoh yang berpangkalan di Pulau Pinang dan merupakan cetusan idea Ustaz Abdul Mutalib sendiri selaku Yang Dipertua yayasan.

An-Nadhoh merupakan sebuah pusat pendidikan ilmu yang melebarkan sayap mereka dalam bidang ekonomi, pertanian dan perkhidmatan dalam usaha untuk menjana hasil ekonomi sendiri untuk kelestarian madrasah.

Sementara itu, Ustaz Abdul Mutalib berkata fasa endemik ketika ini diharapkan memberi sinar baharu selepas mereka terpaksa bergelut mempertahankan resort tersebut yang agak 'muram' sepanjang pandemik Covid-19.

NAHDHOH 4

Salah satu jenis bilik yang ditawarkan di Nahdhoh Langkawi Resort.

"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak hotel terkesan termasuk Nahdhoh. Bila tiada keuntungan, kita kena tampung kos-kos operasi namun kami sedaya upaya tidak berhentikan staf.

"Kalau ikutkan boleh saja jual resort ini, tapi seolah-olah kita surrender kepada jihad perniagaan. Orang Islam sememangnya digalakkan untuk ceburi bidang perniagaan. Mudahan dengan apa yang saya buat, anak murid dan masyarakat contohi untuk turut berniaga juga.

"Kita meniaga bukan untuk cari keuntungan, tapi ia satu jihad. Jadi saya wakili Nahdhoh mengharapkan sokongan daripada masyarakat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain