suria

IOI City Farm sudah dibuka! Jom tengok apa yang menarik, paling penting jangan lupa masuk mini zoo

IOI City Farm membolehkan pengunjung berinteraksi secara langsung dengan haiwan.

TERLALU banyak tempat tarikan dan riadah yang boleh dikunjungi oleh seisi keluarga di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Terbaharu, pusat membeli belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall memperkenalkan IOI City Farm, sebuah tarikan unik berkonsepkan taman ladang dalam bandar buat julung kalinya di Malaysia.

Ruang edutainment (didik hibur) ini berkeluasan 18,000 kaki persegi dan memiliki tiga zon berbeza iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World.

4

Ketiga-tiga zon ini membawa pengunjung untuk belajar mengenal haiwan serta tumbuh-tumbuhan sambil merasai pengalaman seperti di ladang sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Legoland makin meriah, banyak tarikan baharu sempena ulang tahun ke-10!

Berikut adalah info mengenai IOI City Farm:

1) Dilengkapi dengan ahli zoologi, aquarist dan ahli botani yang berkelayakan. Oleh itu, pengunjung, terutamanya kanak-kanak akan mendapat peluang belajar daripada pakar dalam bidang tersebut sendiri.

2) Bukan hanya ruang pameran, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, bengkel DIY, berinteraksi serta membelai haiwan dan lain-lain.

3

3) Apabila masuk dari pintu utama di tingkat dua, pengunjung akan disambut dengan kehijauan tumbuhan dan persekitaran nan indah.

4) Green Land (Zon Tumbuhan) memaparkan akuaponik dan tumbuhan karnivor. Menempatkan sebanyak 111 spesies tumbuhan dalam bangunan yang merangkumi sembilan seksyen

5) Little Rimba​ (Zon Haiwan) menampilkan haiwan peliharaan comel seperti sugar glider, landak, arnab, musang fennec, tikus belanda dan sebagainya

5

6) FreshWater World (Zon Akuatik) menampilkan 50 spesies akuatik air tawar, antaranya sturgeon besar dan arapaima dari Amazon.

7) Di bahagian tengah seluas 21.4 meter persegi adalah ruang yang dikenali sebagai Green Glades. Ia adalah konsep terarium terbuka yang mewakili hutan terbuka. Terarium ini akan dipenuhi dengan pelbagai spesies flora.

8) Sudahpun dibuka pada 25 Ogos, waktu operasi adalah bermula 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari

6

9) Terletak di AT6, Aras 2, IOI City Mall Putrajaya

10) Harga tiket

Dewasa: RM37 bagi hari bekerja; RM48 bagi hujung minggu

Kanak-Kanak: RM48 bagi hari bekerja; RM58 bagi hujung minggu

Warga Emas & OKU: RM32

2

Pastinya ramai ibu bapa teruja dan sudah tidak sabar membawa anak-anak mereka merasai tarikan terbaharu di pusat membeli belah IOI City Mall.

Tunggu apa lagi? Ayuh semua!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain