suria

Legoland makin meriah, banyak tarikan baharu sempena ulang tahun ke-10!

LEGOLAND Malaysia Resort 10th Anniversary

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-10, Legoland Malaysia Resort mengumumkan rancangan pembaharuan dan barisan aktiviti menarik yang menanti pengunjungnya.

Menurut Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim, ia adalah salah satu tanda terima kasih dan penghargaan resort tersebut atas sokongan pelbagai pihak termasuk pengunjung, rakan kongsi serta kerajaan.

"Kami akan terus membina serta memberi tumpuan kepada keutamaan strategik dengan melabur dalam meningkatkan, mengembangkan dan mewujudkan aktiviti baharu untuk menyediakan pengunjung pengalaman benar-benar unik yang hanya tersedia di Legoland.

"Kami akan terus meneroka sempadan dengan tawaran baharu dan membawa tetamu kami pengalaman baharu pada setiap lawatan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan, termasuk bilik hotel yang diperbaharui dengan tema baharu pada suku pertama 2023, teduhan baharu Miniland, filem 4D baharu yang mendebarkan di Lego Studio dan festival taman air pertama untuk persembahan istimewa, aktiviti, cabaran dan banyak lagi pada pertengahan 2023 di Taman Air Legoland.

Mr. CS Lim, Divisional Director of LEGOLAND® Malaysia Resort

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim

CS berkata, pelaburan dan penambahbaikan itu sejajar dengan keutamaan strategik mereka untuk menarik kunjungan baharu daripada pelancong domestik dan antarabangsa ke Legoland.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Kuala Lumpur tangga ke-3 destinasi global paling popular... Pulau Pinang, Johor Bahru turut masuk senarai

"Kami optimis mengenai pemulihan industri dan berharap dapat menyokong pelan menggiatkan semula pelancongan yang dibangunkan kerajaan," katanya.

Selain itu, Legoland akan terus menganjurkan acara perayaan tahunan berskala besar meraikan cuti perayaan utama seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan banyak lagi.

Pada tahun akan datang, Legoland akan bekerjasama rapat dengan acara bertemakan Lego to Lego seperti "Build the Thrills and Friendship Fest" yang terdapat di taman tema tersebut.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung sempena ulang tahun Legoland Malaysia Resort ke-10 adalah pengunjung berpeluang menyertai sesi 'meet and greet' bersama beberapa watak Lego kegemaran seperti Emmet, Olli The Dragon dan Bricky.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM50,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain