suria

Seronok nak bercuti? Ibu-ibu jangan lupa bawa ‘medical kit’ untuk si kecil... Ini ‘check list’ 10 barang wajib ada

Para ibu perlu membawa 'kit perubatan' ketika bercuti sebagai persediaan awal. Gambar hiasan

PERHATIAN untuk ibu-ibu yang sibuk mengemas dan menguruskan beg pakaian anak-anak untuk dibawa bercuti, jangan lupa menyediakan kit perubatan (medical kit) untuk si kecil.

Tidak kiralah ke mana anda sekeluarga bercuti, sama ada kampung halaman, lokasi peranginan atau riadah sekalipun, kit ini wajib dibawa dan percayalah, ia sangat berguna!

Ini kerana kita tidak dapat menjangka bila si kecil tiba-tiba jatuh sakit atau tercedera.

kit 1

Hazirah berkongsi panduan 'check list' barangan yang perlu ada dalam kit travel untuk si kecil.

Justeru, persiapan awal oleh si ibu amatlah penting sebagai persediaan untuk menghadapi situasi luar jangka kelak.

Seorang ibu, Hazirah Maulana, berkongsi barangan wajib ada di dalam kit perubatan yang mungkin dapat dijadikan rujukan para ibu lain.

"Pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu apa pun tak prepare. Sejak itu belajar daripada pengalaman.

"Bukan apa, kadang-kadang kita tak boleh nak elak dan tak expect anak tiba-tiba demam, batuk, selsema dan sebagainya," tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik tangguh berkhemah sebab ada anak kecil? Tak ada masalah bawa bersama, ikut je 10 tip ini

kit

Antara barangan wajib dalam 'medical kit' si kecil.

Berikut adalah antara senarai barangan yang perlu dibawa bersama dalam kit perubatan:

1) Termometer

2) Pelekat penyejuk suhu badan

3) Ubat demam

4) Minyak serbaguna

5) Cecair pembasmi kuman (sanitizer)

6) Minyak gamat

7) Cecair antiseptik

8) Ubat/pelekat penghalau serangga (repellent)

9) Krim atau losyen

10) Ubat sapuan untuk selsema (rub)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain