suria

Kaka yakin Messi mampu berjaya jika pindah ke kelab lain

Messi tidak berpuas hati dengan kenyataan pengarah kelab terhadap pemain-pemain Barcelona.

BEKAS pemain Brazil, Kaka yakin bintang  Lionel Messi akan meininggalkan Barcelona satu hari nanti.

Messi dilaporkan sudah 'tawar hati' untuk meneruskan karier panjangnya bersama Barcelona sebab tidak bersetuju dengan komen-komen pengarah kelab Eric Abidal mengenai barisan pemain.

Pemenang enam kali Ballon d'Or itu memuat naik status di Instagramnya tidak bersetuju dengan kenyataan Abidal mengenai pemain-pemain ketika di bawah pengurusan Ernesto Valverde.

Kaka yang pernah beraksi di peringkat tertinggi untuk AC Milan, Real Madrid dan Brazil memahami situasi yang bakal dihadapi Messi untuk cabaran baharu dalam kariernya.

"Sangat sukar melihat dia beraksi di dengan kelab lain, tetapi...dia mungkin akan rasa. Tidak mengapa, kerana bagi saya sudah tiba masa untuk berubah dan akan pergi mencari dengan pengalaman baharu dan cuba menjadi pemain terbaik untuk kelab lain," ujarnya kepad Sky Sport.

"Saya rasa paling penting adalah tidak ada bahagian yang tidak elok tetapi keadaan sekarang seperti akan 'terputus'."

Malah Kaka turut mengambil contoh ketika Cristiano Ronaldo meninggalkan Rela Madrid berpindah ke Juventus pada 2018.

"Apabila Ronaldo meninggalkan Madrid, kita semua sedih dan sudah tentu mereka (kelab) semua kecewa," tambahnya. - Onefootball

Kaka, Lionel Messi, Barcelona

Artikel Lain