suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad milik JDT

Pemain-pemain JDT dalam persediaan menjelang musim baharu Liga Malaysia. Foto Kredit: Johor Southern Tigers

JUARA Liga Super enam kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengetepikan empat lagi pencabar untuk terpilih sebagai Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad.

Skuad Harimau Selatan itu  mengatasi Air Force Club (Thailand), Kuwait SC (Kuwait), Qadsia FC (Kuwait) dan Al Ahed (Lubnan) dalam undian dalam talian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (FC).

Menurut laman web AFC, JDT menerima 80 peratus daripada jumlah keseluruhan 81,062 undi diikuti Air Force Club (12 peratus), Qadsia FC (enam peratus) manakala Kuwait FC dan Al Ahed, masing-masing memperoleh dua dan satu peratus undi.

Sebagai rekod, JDT mencipta sejarah bola sepak negara apabila mengungguli Piala AFC 2015, menjadikan pasukan pertama daripada Zon Timur menjuarai saingan tersebut.- Bernama

JDT, Piala AFC, Anugerah

Artikel Lain