suria

Manchester United mula musim baharu EPL bertemu Chelsea

Manchester United bakal melayan kunjungan Chelsea pada perlawanan pertama EPL musim depan.

LIVERPOOL membuka tirai aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019-20 bertemu pendatang baharu, Norwich City di Anfield.

Manakala Manchester United memulakan jadual perlawanan musim baharu dengan laluan sukar apabila  berdepan dengan Chelsea.

Ole Gunnar Solskjaer yang pertama kali menguruskan skuad utama Red Devils secara penuh bakal dihidangkan dengan perlawanan sukar di Old Trafford pada 11 Ogos ini berdepan dengan juara Liga Europa yang menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga liga.

Manakala United mengakhiri musim 2018-19 di kedudukan keenam liga.

Sementara itu naib juara Liga Juara-Juara Tottenham juga berdepan dengan aksi sukar bertemu Manchester City dan Arsenal di tempat lawan. - Dailymail.co.uk

Jadual penuh perlawanan awal Liga Pertama Inggeris musim 2019-2020:

09/08 Liverpool lwn Norwich City
10/08 West Ham lwn Manchester City
10/08 Bournemouth lwn  Sheffield United
10/08 Burnley lwn Southampton
10/08 Crystal Palace lwn Everton
10/08 Leicester City lwn Wolves
10/08 Watford lwn Brighton
10/08 Tottenham lwn Aston Villa
11/08 Newcastle United lwn Arsenal
11/08 Manchester United lwn Chelsea
EPL, 2019, 2020

Artikel Lain