suria

Bekas pemain England bertengkar dengan isteri gara-gara lelaki lain dalam rumah

Bent bertengkar dengan isteri berkaitan lelaki lain ada di rumahnya.

BEKAS pemain bola sepak England Darren Bent ditahan selepas dilapor bertengkar dengan isterinya.

Penyerang berusia 35 tahun yang tidak lagi tinggal dengan isterinya itu pulang ke rumahnya pada pukul 6 pagi untuk mencari lelaki yang memakir kereta di tepi jalan.

Dia diberitahu seorang lelaki dilihat naik ke rumah itu bersama model Kirsty Maclaren.

Bent memandu di sekitar untuk bagi memastikan lelaki tersebut tidak dapat keluar tetapi dia terpaksa berdepan dengan Maclaren.

Polis telah dihubungi dan Bent yang beraksi 13 kali untuk England itu ditahan.

Bagaimana pun Bent dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.

Sebelum hidup berasingan, Bent yang merupakan pemain Sunderland, Derby dan Brighton itu dilaporkan menipu Maclaren sehari sebelum wanita itu melahirkan bayi kembar mereka.

Malah Bent turut dikaitkan dengan tiga orang wanita di sekitar Birmingham.

Dia kini bermain secara pinjaman ke Liga Satu, Burton Albion dari Derbya County.

Bent mengahwini Maclaren pada 2013 di Cambridgeshire.

Sebelum berkahwin, model itu bertunang dengan bekas rakan sepasukan Bent di Villa Liam Ridgewell namun memutuskannya lapan hari sebelum perkahwinan. -Dailymail.co.uk

Darren Bent, Kirsty Maclaren

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain