suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pele dibenar keluar hospital

Pele dibenar keluar hospital selepas dirawat sejak 2 April lalu.

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele dibenarkan keluar hospital selepas menjalani rawatan akibat jangkitan pundi kencing, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan.

Pemain berusia 78 tahun itu menerima rawatan di sebuah hospital di Paris pada 2 April, selepas menghadiri satu majlis bersama dengan pemain Paris Saint-Germain.

Menurut portal berita Globo Esporte, bekas penyarung jersi No. 10 pasukan kebangsaan itu mengadu sakit ketika sedang bersiap untuk berlepas pulang ke Brazil pada Selasa.

Sebelum itu pada Isnin, Pele menerima kunjungan kapten Brazil, Neymar, yang kemudian memuat naik gambar dalam akaun Instagramnya.

Pele merupakan antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dan pernah memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali, selain telah menjaringkan 1,281 gol dalam 1,363 perlawanan.

Sejak kebelakangan ini, beliau dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan, termasuk komplikasi susulan beberapa prosedur pembedahan yang dijalaninya.- Bernama

Pele, keluar hospital, Brazil

Artikel Lain