suria

Pertembungan dua kelab EPL dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara selepas tujuh tahun

LIMA perkara yang perlu diketahui menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara.

Ia mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menyaksikan dua pasukan daripada empat kelab  Liga Perdana Inggeris bakal beradu selepas tujuh tahun tanpa kelibat lebih daripada satu kelab.

Tottenham Hotspur bakal berdepan dengan Manchester City di stadium baharu, White Hart Land.

Guardiola hanya mencatat enam kemenangan di tempat lawan dalam aksi Liga Juara-Juara.

Tottenham tidak pernah mencatat rekod mara ke separuh akhir kejuaraan ini.

Selain itu, pengurus Manchester City Pep Guardiola bakal membuat perhitungan sendiri untuk merangkul kemenangan pusingan pertama di tempat lawan.

Skuad Guardiola hanya mencatat 6 kemenangan daripada 25 perlawanan Liga Juara-Juara di tempat lawan sepanjang bergelar pengurus.

Selain Spurs dan City, Liverpool juga menjadi wakil dari EPL layak ke saingan ini dan bakal berdepan dengan FC Porto di Anfield awal pagi Rabu.

Manakala Manchester United bakal berdepan dengan Barcelona.- OneFootball

Jadual perlawanan:

Liverpool lwn FC Porto (3 pagi Rabu)

Spurs lwn Manchester City (3pg Rabu)

Ajax lwn Juventus (3pg Khamis)

Manchester United lwn Barcelona (3pg Khamis)


Suku akhir, Liga Juara-Juara

Artikel Lain