suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna 'filter' untuk gambar Instagram, Mo Salah dituduh 'fake'

Salah memuat naik foto berkenaan sejurus kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Manchester City.

PEMAIN kelahiran Mesir, Mo Salah meraikan kemenangan pasukan Liverpool dengan memuat naik foto ke laman Instagram miliknya.

Namun, komen pemain pertahanan pasukan itu, Dejan Lovren ternyata menarik perhatian ramai.

Ujar Lovren, Salah dikatakan menyunting foto berkenaan dengan meningkatkan kecerahan sebelum ia dimuat naik.

"Saya lihat kontras dan kecerahan dinaikkan dalam gambar ini.

"Salah guna filter untuk tonjolkan perut dan otot agar ramai yang kagum dengan fizikalnya," tulis Lovren secara berjenaka.

Salah memuat naik foto berkenaan sejurus kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Manchester City.

Ia merupakan minggu penting buat Liverpool apabila mereka bakal berhadapan dengan Porto untuk pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara.

Selepas itu, mereka dijangka bertemu Chelsea di Anfield untuk Liga Premier pula. - RushTheKop.Com.

Artikel Lain