suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei ke Taiwan untuk pemeriksaan susulan, belum pasti sertai Terbuka Malaysia

KELIBAT jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia bulan depan, masih belum pasti.

Ia bergantung kepada pemeriksaan susulan dengan pakar perubatan yang akan dilakukan Chong Wei di Taiwan, nanti.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain berusia 36 tahun itu akan berlepas ke Taiwan, Ahad ini.

“Saya harap peminat badminton tanah air khususnya penyokong Chong Wei tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk melihat beliau turun beraksi di Terbuka Malaysia.

“Tapi saya pasti beliau akan menyertai skuad negara ke kejohanan Piala Sudirman pada Mei ini di Nanning, China,” katanya kepada pemberita selepas sesi townhall KBS-BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di ibu negara, Khamis.

Chong Wei disahkan pulih daripada penyakit barah hidung tahap satu selepas menjalani rawatan intensif di Taiwan, tahun lepas.

Saingan Terbuka Malaysia 2019 akan berlangsung pada 2 hingga 7 April di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur.-- Bernama

Artikel Lain