suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

All England: Aaron-Wooi Yik naib juara

NASIB tidak menyebelahi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam Kejohanan Badminton All-England, malam Ahad.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Birmingham, pasukan regu negara tewas dengan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan 21-11, 14-21, 12-21 dan muncul sekadar naib juara.

Aaron dan Wooi Yik bermula dengan kemenangan 21-11 pada set pertama, namun gandingan Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan bangkit dengan permainan di set kedua untuk kemenangan 21-14.

Dalam set penentuan, pasukan Indonesia memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman mereka dengan melancarkan serangan bertali arus, sebelum menang 21-12.

Pasangan muda negara itu sebelum ini beraksi cemerlang termasuk mengejutkan beregu ke-12 dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari China pada aksi suku akhir dengan 21-19, 17-21, 21-12.

Aksi separuh akhir pada awal pagi Ahad menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengetepikan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan 12-21, 22-20, 21-19. - The Star


All England, Aaron, Wooi Yik

Artikel Lain