suria

Peminat kecewa Countinho seperti hilang arah ketika bertemu Real Madrid

Foto AFP

"SAYA sangat gembira, ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan dan saya berharap dapat memenuhi semua jangkaan di padang."

Itulah kata-kata Philippe Coutinho selepas menyempurnakankan perpindahan bernilai £ 146 juta (RM771 juta) dari Liverpool ke Barcelona lebih setahun lalu.

Pemain kelahiran Brazil itu terdesak untuk menyertai Catalan dan akhirnya dapat merealisasikan impiannya setelah Reds bersetuju untuk memenuhi kehendaknya.

Nampaknya Barca berjaya mendapatkan khidmat pemain bertaraf dunia yang mampu mengisi kekosongan Neymar setelah pemain itu menyertai Paris Saint-Germain enam bulan lebih awal.

Coutinho memulakan langkah awal dengan cemerlang dan kelihatan selesa bermain seiring dengan Lionel Messi dan bintang Barcelona yang lain.

Pada musim pertamanya, Coutinho menjaringkan 10 gol dalam 22 penampilan.

Bagaimanapun, musim kedua Coutinho di Camp Nou menjadi lebih sukar.

Countinho dilamar Barca untuk meringankan beban Messi, namun ia seolah-olah tidak berjaya setakat ini.

Pemain itu sering mempamerkan aksi kurang memberansangkan terutamanya dalam perlawanan besar sejak akhir-akhir ini.

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris itu mempunyai peluang untuk membuatkan dia disayangi oleh penyokong Barca ketika menentang Real Madrid di Copa del Rey pada Rabu malam.

Namun, sekali lagi bintang dari Amerika Selatan itu mengecewakan penyokong kelab gergasi tersebut.

Rata-rata penyokong tidak percaya melihat prestasi Coutinho yang seolah-olah hilang arah di Barca. - Give Me Sport

Philippe Coutinho

Artikel Lain