suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat mengamuk Pogba bergambar dengan Salah

KELAB gergasi Machester United (MU) sememangnya berseteru dengan Liverpool sejak 125 tahun yang lalu.

Namun, foto terbaharu yang menggandingkan dua pemain kelab itu, Pogba dan Salah ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Pogba memuat naik foto tersebut menerusi laman sosial miliknya.

"Sedang berkomplot dengan Raja Mesir," tulis Pogba pada kapsyen.

Foto dua bintang itu menerima kecaman ramai dan disifatka sebilangan besar peminat sebagai satu kesalahan.

Malah, ramai yang menghantar komen meminta Pogba agar tidak menjalinkan persahabatan dengan Salah.

"Kenapa kamu ambil gambar dengan pemain Liverpool?" soal seorang peminat.

"Dulu, pemain MU tak akan bergambar dengan lawan mereka, kini semua sudah berubah," tulis seorang lagi peminat.

Dalam pada itu, ada yang turut memuji foto berkenaan.

Ujar mereka, ia memaparkan sisi lembut sukan bola sepak kerana para pemain juga berhak bersahabat dengan pemain dari pasukan lawan. - Daily Star.

Paul Pogba, Mo Salah

Artikel Lain