suria

Bukan kemalangan tapi salah mafia bola sepak - Bekas teman wanita Sala

Sala bersama bekas teman wanitanya.

BEKAS teman wanita Emiliano Sala menyalahkan 'mafia' bola sepak di atas kehilangan pesawat dinaiki penyerang Cardiff City itu.

Berenice Schkair, 27, yang juga model pakaian dalam Victoria Secret membuat kenyataan mengejutkan itu di Twitternya.

"Saya tidak percaya ini adalah kemalangan. Siasat mafia bola sepak kerana saya tidak percaya ini kemalangan," tulisnya sebelum memadam posting tersebut.

Schkair turut memuatnaik gambar bersama Sala di Instagram miliknya.

"Emi, hati saya remuk. Saya masih tidak boleh memahaminya. Hidup saya hancur, saya rasa kesakitan itu, takut dan marah kerana tidak dapat melakukan apa-apa.

"Saya tahu kamu kuat. Kami semua menunggu kamu. Saya mahu bangun dan berkata semua ini tidak benar. Tolong siasat kerana saya tidak percaya ia kemalangan.Jangan hentikan pencarian kerana cuaca buruk apabila anda hanya menjumpai objek terapung.

Sala dan Schkair didakwa berpisah tahun lalu.

"Perkara paling saya kesal adalah tidak memberitahu kamu bahawa saya cintakan kamu. Mengapa malapetaka ini berlaku kepada seorang lelaki yang hebat, rajin, baik dan amat komited terhadap tugasnya," kata Schkair.

Model yang dilahirkan di Tres de Febrero, Bueno Aires, Argentina itu dilaporkan pernah keluar dengan Sala selama beberapa bulan tahun lalu.

Laporan media di Argentina mendakwa mereka mungkin sudah bertunang sebelum berpisah.

Cawangan Penyiasat Kemalangan Udara United Kingdom (UK) mengesahkan pesawat hilang itu adalah jenis Piper Malibu dengan nombor pendaftaran N264DB. - Dailymail

Emiliano Sala

Artikel Lain