suria

Coleen Rooney terlibat kemalangan, gembira kereta Honda CR-V dipandunya rosak teruk

Coleen Rooney.

COLEEN Rooney terlibat dalam kemalangan kereta di Washington DC semasa memandu kenderaan pacuan empat roda miliknya.

Kemalangan itu berlaku dekat kediaman dikongsi bersama suaminya Wayne Rooney.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas Rooney ditahan kerana mabuk di lapangan terbang.

"Coleen terlibat kemalangan semasa memandu keretanya.

"Namun dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaaan tetapi kereta dipandunya rosak teruk.

"Dia menggigil ketakutan pada waktu itu tetapi Coleen bersyukur kerana tiada siapa cedera," kata sumber kepada The Sun.

Coleen lebih suka memandu kereta Range Rover berbanding Honda CR-V.

Difahamkan Coleen tidak peduli dengan kerosakan pada Honda CR-V dipandunya itu kerana dia kurang berkenaan dengan kenderaan itu yang disifatkan sebagai ketinggalan zaman.

Menurut sumber, Coleen dalam nada berseloroh berkata dia lebih sukakan Range Rovers berbanding Honda CR-V dipandunya yang terlibat dalam kemalangan itu.

"Dia beritahu rakan-rakannya bahawa dia gembira kenderaan itu rosak. Dia gembira kemalangan itu membolehkannya mendapatkan kereta Range Rover kesukaannya," kata sumber.

Namun Coleen mendakwa Rooney cuba memusnahkan kehidupan keluarga mereka selepas ditahan kerana mabuk di khalayak ramai bulan lalu.

Rooney ditahan pada 16 Disember selepas pesawat dari Arab Saudi mendarat di Amerika Syarikat (AS).

Pemain DC United itu mendakwa dia lalok kerana mengambil ubat tidur bersama dengan arak semasa di dalam pesawat. - Mirror.co.uk

Coleen Rooney, Wayne Rooney

Artikel Lain