suria

"Kepala kami menang, ekor anda kalah", komen Young selepas dibaling duit syiling oleh penyokong Arsenal

Young mengutip duit syiling yang dibaling sekumpulan penyokong Arsenal.

PEMAIN-pemain Manchester United dibaling duit syiling oleh penyokong Arsenal ketika aksi kemenangan 3-1 Piala FA di Stadium Emirates.

Beberapa minit sebelum perlawanan berakhir, berlaku kekecohan antara pemain pertahanan Arsenal Sead Kolasinac dan penyerang United Marcus Rashford.

Ia menyebabkan pemain-pemain lain dari kedua-dua pasukan masuk campur termasuk Jesse Lingard yang turut 'berperang' mulut dengan penyokong The Gunners.

Lingard (dua kanan) hampir bergaduh dengan pemain Arsenal, Xhaka.

Lingard sebelum itu hampir bergaduh dengan pemain tengah tuan rumah Granit Xhaka dan Matteo Guendouzi, namun dileraikan oleh rakan sepasukan  United.

Manakala Kolasinac dan Rashford menerima kad kuning daripada pengadil.

Dalam pada itu, rakaman televisyen menyaksikan kapten United Ashley Young mengutip duit syiling yang dibaling oleh sekumpulan penyokong tuan rumah dan diserahkan kepada pembantu pengadil.

Young turut berkongsi gambar insiden itu di Twitternya selepas perlawanan dengan kapsyen: "Kepala  kami menang, ekor anda kalah".

Manchester United, Arsenal

Artikel Lain