suria

Semua kelab EPL diam seminit sebelum perlawanan, penghormatan kepada Sala

SEMUA kelab Liga Perdana Inggeris akan melakukan penghormatan bertafakur selama seminit sebelum perlawanan minggu ini.

Ia bertujuan bagi memberi penghormatan kepada penyerang Cardiff City yang masih hilang Emuiliano Saha dan juruterbang Dabid Ibbotson.

Liga Perdana mengesahkan perkara tersebut pada Khamis selepas pihak berkuasa menghentikan pencarian Sala dan Ibbotson atau pesawat yang hilang dari radar pada Isnin.

Penyerang Argentina itu baharu sahaja menyelesaikan perpindahan ke Cardiff dengan yuran perpindahan bernilai 15 juta pound dan terbang ke Wales selepas mengucapkan selamat tinggal kepada kelab lamanya Nantes.


Sala dan juruterbangnya gagal dikesan dan dianggap terkorban dengan ketua penyelamat mengakui tiada harapan untuk menjumpai mereka dalam keadaan selamat.

Cardiff mengesahkan mereka tidak bertanggungjawab mengaturkan pengangkutan untuk Sala.

Dalam satu audio mesej yang dihantar menerusi WhatsApp, Sala memberitahu rakan-rakannya bahawa pesawat itu seperti akan terhempas.

Pesawat ringan itu diterbangkan juruterbang David Ibbotson, 35, yang berasal dari Utara Lincolnshire. -Dailymail.co.uk

ARTIKEL BERKAITANSala dianggap sudah tiada, pasukan penyelamat tangguh operasi SAR


Diam seminit, Sala

Artikel Sebelum

Doctor Run sasar 5,000 peserta

Artikel Lain