suria

Sala dianggap sudah tiada, pasukan penyelamat tangguh operasi SAR

Foto AFP.

PENYERANG Cardiff City, Emiliano Sala masih tidak dijumpai dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada British, Perancis dan Channel Islands terpaksa meneruskan pencarian masuk hari kedua setelah pesawat yang dinaikinya hilang di laut.

Pemain bola sepak Argentina itu telah menghantar mesej kepada saudara-maranya sebaik sebelum berlepas dengan mengatakan pesawat itu kelihatan seperti mahu jatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang baharu Cardiff City dikhuatiri hilang naik pesawat peribadi

Objek telah ditemui di dalam air dan polis di pulau Guernsey, British yang terletak di pantai utara Perancis memberi amaran bahawa peluang untuk mencarinya amat tipis.

"Satu keputusan sama ada untuk menyambung semula pencarian akan diputuskan pada awal pagi Khamis," kata polis dalam satu kenyataan.

"Airnya sangat sejuk pada masa ini, keadaan laut sangat sukar di sana, anginnya sangat kuat," kata ketua pegawai Channel Channel Air Search kepada AFP.

"Saya rasa walau sekuat mana pun seseorang itu, ia amat sukar untuk dia selamat dalam keadaan seperti ini dan juga untuk tempoh selama itu."

Pihak kawalan pantai Guernsey turut menamakan seorang lagi mangsa merupakana seorang juruterbang, David Ibbotson.

Media British melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu ialah bapa kepada tiga anak dan menetap di Scunthorpe di utara England. - Punchng

Emiliano Sala

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain