suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar menangis keluar padang ketika diganti

Foto AFP

NEYMAR menitiskan air mata kerana terpaksa digantikan gara-gara mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan menentang Racing Strasbourg dalam Piala Perancis.

Paris St Germain (PSG) bagaimanapun menang 2-0 ke atas Strasbourg dengan 32 perlawanan terakhir berlangsung pada Rabu.

Penyerang Brazil itu meninggalkan padang selepas satu jam kerana mengalami kecedereaan pada pergelangan kakinya.

Kecederaan itu berlaku tiga minggu sebelum PSG menuju ke Manchester United untuk perlawanan Liga Juara-Juara.

PSG yang merupakan kelab teratas Ligue 1 sudah cukup tempang selepas pemain tengah utama, Marco Verratti mengalami kecederaan buku lali.

Pasukan Thomas Tuchel itu menang di Parc des Princes melalui jaringan gol oleh Edinson Cavani dan Angel Di Maria. - RTE

Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jangan cuba ugut FAM!

Artikel Lain