Martial minta ejen bincang kontrak baharu - Sukan | mStar

Martial minta ejen bincang kontrak baharu

ANTHONY Martial memberi lampu hijau kepada ejennya  untuk berbincang mengenai kontrak baharu di Manchester United.

Awal musim ini pemain dari  Perancis itu menangguhkan perbincangan kontrak sambungan berikutan hubungan dingin dengan pengurus Jose Mourinho.

Bagaimana pun, kehadiran pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer membri harapan baharu kepada Martial untuk terus kekal di Old Trafford.

Situasi positif itu menyebabkan Martial meminta ejennya Philippe Lamboley untuk berbincang mengenai nilai gaji mingguan 150 ribu pound seminggu untuk terus bersama United.

Martial mendedahkan dia gembira berada di bawah pengurusan jurulatih kelahiran Norway itu.

"Saya gembira kerana dapat bermain lebih banyak berbanding musim sebelum ini. Jadi saya harap dapat teruskannya.

"Saya mahu terus menjaringkan gol dan membantu pasukan. Jadi selagi saya dapat bermain, saya akan gembira," jelasnya.

Sebelum ini, Solskjaer turut mendedahkan bahawa dia mahu Martial dan juga David de Gea untuk terus memberi komitmen kepada kelab.

Kedua-dua pemain itu gagal mencapai persetujuan daripada kelab untuk terus kekal sehingga 2020 di United sebelum ini.-Dailymail.co.uk

Anthony Martial , manchester united

Artikel Sebelum

Jangan cuba ugut FAM!

Lebih Artikel