Tidak mampu ulangi kehebatan musim lalu, legenda Liverpool tetap yakin kemampuan Mo Salah

PRESTASI kurang memuaskan Mohamed Salah di padang ternyata menjadi bualan ramai.

Namun begitu, lain pula pandangan legenda Liverpool, Robbie Fowler mengenai pemain kelahiran mesir itu.

Biarpun tidak sehebat tahun-tahun berikutnya, Fowler percaya Salah bakal mendapat rentak asalnya, tidak lama lagi.

Pada musim terdahulu, Salah berjaya meledak 44 jaringan berbanding hanya tiga gol dalam kempen musim ini.

"Saya rasa dia akan jaringkan lebih banyak gol.

"Apa yang saya suka mengenai Mo Salah, etika kerjanya bagus dan dia sangat bijak.

"Tapi saya hanya risau jika dia kurang diberi peluang untuk mempamerkan kemampuannya," ujar Fowler lagi.

Dalam pada itu, Fowler berkata, dia tahu Salah bakal meledak kembali namun untuk menyamai rekod lalu adalah satu perkara yang sukar untuk dicapai.

"Memang dia boleh jaringkan gol, tapi untuk ulangi kecemerlangan musim lalu, saya tak pasti.

"Walau apapun, dia tetap pemain yang hebat dan akan menjadi ancaman dalam Liga Premier.

"Mungkin 2018 bukan tahun Mo Salah," katanya lagi.

Turut sependapat dengan Fowler, pengurus Liverpool, Jurgen Kloop menyifatkan Salah masih lagi berupaya untuk membantu pasukannya memenangi perlawanan.

"Saya tak mengharapkan 40 gol dari pemain. Saya hanya mahu menang perlawanan, dan itu sudah memadai.

"Pada saya, Salah berada dalam landasan dan mood yang tepat. Jika dia ada lebih keyakinan, semua tidak mustahil," kata Kloop.-Goal.Com.

Mohamed Salah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain