suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neville dedah Mourinho berada dalam dugaan besar

Foto: Sky Sports

GARY Neville mengakui Jose Mourinho berada dalam situasi dugaan besar dalam kariernya.

Mourinho diejek 'kamu akan dipecat pagi ini' oleh penyokong-penyokong  Tottenham Hotspur selepas tewas 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa.

Dan selepas perlawanan, bekas pemain bintang United, Neville mengakui Mourinho kini berdepan dengan situasi turun naik.

"Ini adalah cabaran terbesar Jose Mourinho. Dia perlu keluar daripada situasi itu kerana bagi saya sendiri tidak pasti mana barisan sebelas pemain terbaik.

"Dia akan mempertahankan beberapa pemain dan kekalkan dengan keputusannya kerana pada ketika ini mereka sentiasa bertukar setiap perlawanan.

"Kami tidak melihat pragmatik skuad United dalam perlawanan besar sejak sekian lama," ujarnya.

Gary Neville

Artikel Lain