suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pellegrini disamun lelaki bersenjata

SANTIAGO: Jurulatih bola sepak terkenal, Manuel Pellegrini disamun dua lelaki bersenjata ketika sedang berjalan bersama isterinya di ibu negara Chile, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Polis berkata kedua-duanya dilaporkan selamat dan penyerang berjaya melarikan dompet milik isteri Pellegrini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11 malam Sabtu itu turut menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar tempatan.

Kapten polis Vitacura, Gonzalo Munoz berkata, penyerang berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang dicuri.

Kereta curi berkenaan kemudian ditemui ditinggalkan di sebuah kawasan kejiranan Pellegrini.

Pellegrini merupakan jurulatih kelab bola sepak Inggeris, West Ham United dan sedang bercuti di kediamannya di Chile.

Manuel Pellegrini, West Ham

Artikel Lain