suria

Pindah ke United, Fred masih berteka-teki

FRED masih mengambil pendekatan kunci mulut mengenai perpindahannya ke Manchester United dengan pemain Brazil itu dijangka menjalani pemeriksaan perubatan pada Isnin.

Pemain tengah Shakhtar Donetsk itu berada di Liverpool pada Ahad ketika Brazil menundukkan Croatia 2-0 di Anfield.

Dan Fred diberi kebenaran untuk berada di Manchester pada Isnin bagi merealisasikan perpindahannya yang bernilai 52 juta pound sterling ke United.

Sementara itu pemain Brazil yang lain dilaporkan kembali ke London untuk meneruskan persediaan aksi Piala Dunia mereka di padang latihan Tottenham.

Fred dijangka kembali ke kem latihan Brazil pada Selasa menjelang aksi persahabatan menentang Austria, Ahad depan.

Ketika ditanya sama ada dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin, Fred berkata:"Saya akan bercakap dengan seseorang, bertemu dengan rakan saya. Saya masih tidak tahu ke mana saya akan pergi."

"Saya masih berunding dengan ejen saya untuk mengetahui realiti itu.

"Saya mahu fokus pada pasukan kebangsaan. Ia masa yang unik, Piala Dunia.

"Kami perlu melupakan perkara lain," katanya.

Pengurus Brazil, Tite turut bersetuju dengan tindakan Jose Mourinho yang berusaha keras untuk mendapatkan khidmat Fred.

"Jika saya seorang jurulatih, saya akan meminta Mourinho untuk mengemukakan tawaran kepada Fred," katanya.

Fred, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mana Fajer?

Artikel Lain