suria

Liga Super: Tiada perubahan JDT lwn Perak malam ini

Sebahagian pemain JDT menjalani latihan sebelum ini. Foto kredit: Johor Southern Tigers

PETALING JAYA: Perlawanan Liga Super di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak akan diteruskan pada Sabtu seperti yang dijadualkan.

Sebelum ini menjadi tanda tanya sama ada perlawanan kan diteruskan pada Sabtu berikutan bonda Sultan Johor Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, telah mangkat di London pada Jumaat.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Bin Ramli mengumumkan perkara tersebut di Facebook rasmi Johor Souther Tigers pada Sabtu.

"Tiada sebarang acara akan dilangsungkan di seluruh negeri Johor termasuk perlawanan bola sepak melibatkan pasukan negeri Johor pada hari majlis pemakaman yang akan diumumkan kelak atas nasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor.

"Walaubagaimanapun, perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 antara Johor Darul Ta’zim dan Perak yang dijadualkan berlangsung malam ini, 2 Jun akan diteruskan mengikut jadual."

Berita kemangkatan itu disahkan Johor Royal Press Office (RPO) pagi ini.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Enche'Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor,” menurut kenyataan ringkas RPO.

JDT, Perak, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain