suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cari Pasal Dengan Pengadil, Alves Digantung Perlawanan

PENYERANG Paris St. Germain, Dani Alves digantung tiga perlawanan gara-gara melawan keputusan pengadil pada perlawanan Ligue 1.

Memetik laporan Eurosport, suruhanjaya disiplin Liga Perancis turut menambah satu lagi pergantungan perlawanan terhadap pemain itu.

Alves dilayangkan kad merah oleh pengadil, Clement Turpin selepas pemain itu hampir berlaga kepala dengan pengadil semasa perlawanan PSG 2-1 di Olympique Lyonnais Sabtu lepas.

Pemain Brazil itu tidak cuba membaiki keadaan selepas perlawanan tersebut, malahan 'membuat hal' dengan memuat naik status provokasi di laman sosial.

"Keputusan telah diambil, perbalahan itu sudah kalah, tetapi saya terus berfikir bahawa pengadil tersebut sudah hilang pertimbangan dengan keputusan ini. Sejak bila pula 'tidak bersetuju' disamakan dengan 'hilang hormat?," tulisnya di Instagram. - Goal

Dani Alves

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain