suria

Liverpool Tak Tahu Bertahan - Ferdinand

LIVERPOOL membuktikan mereka 'tidak tahu bagaimana untuk bertahan', jelas bekas pemain pertahanan Manchester United.

Rio Ferdinand bekrata demikian selepas menyaksikan skuad Jurgen Klopp itu terikat seri 3-3 pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi Selasa.

Pada perlawanan tersebut, Liverpool mendahului kedudukan dengan 3-0 ke atas Sevilla.

Bagaimana pun kelalaian benteng pertahanan membawa padah buat The Reds  untuk keputusan tersebut.


"Apa yang menimbulkan kemusykilan dalam skuad tersebut adalah kesilapan individu, setiap gol yang mereka terima itu boleh dihalang.

"Penalti untuk Moreno, sepakan percuma untuk Moreno, tandukan untuk Klavan, dia boleh menanduknya dalam arah yang berbeza.

"Sekarang ini saat yang genting, beberapa hari akan datang masa yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan dan cuba mengambilnya dari sudut positif.

"Mereka amat bagus  di barisan hadapan, tetapi skuad terbaik apabila mereka dapat mencampuri kedua-duanya (serang, bertahan) dan ketika ini Liverpool tidak tahu untuk bertahan," ujarnya.

Liverpool masih lagi berpeluang berada dalam Kumpulan E sekiranya menewaskan Spartak Moscow di Anfield nanti sekaligus merebut tiket ke kumpulan terbaik 16 pasukan dalam tempoh sembilan tahun.

Liverpool, Sevilla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain