suria

Ibrahimovic Halau Lukaku - Carragher

ZLATAN IBRAHIMOVIC dilapor telah menghalau Romelu Lukaku sebaik sahaja memasuki padang ketika Mancheser United menentang Newcastle Ahad lalu.

Jamie Carragher berkata, tindakan pemain Sweden dapat dilihat sebaik sahaja dia melangkah ke dalam padang bagi menggantikan Anthony Martial.

"Tindakan United membawa masuk Ibrahimovic tanpa mengeluarkan Lukaku memang mengejutkan, saya tidak rasa mereka dibenarkan bermain bersama.

"Tetapi dalam perlawanan itu ianya telah berlaku dan Ibrahimovic juga telah memberi arahan kepada Lukaku.

"Saya rasa Jose Mourinho telah memberi pesanan kepada Ibrahimovic untuk mengarahkan Lukaku bermain di posisi sayap kanan," katanya.

Carragher menambah, hasil daripada arahan itu, United telah bermain dengan baik sebelum Lukaku berjaya menghasilkan gol keempat.

Jelasnya, apa yang berlaku memang mengejutkan kerana Ibrahimovic juga telah bermain dengan baik walaupun baru kembali daripada kecederaan panjang.

Manchester United, Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain